Resep Nasi Ayam Hainan
Resep Nasi Ayam Hainan Masakapaya
Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap dan Mudah Untuk Anda Cuba
Saya ni tak pandai masak , tapi suka mencuba bila orang dah beri di Facebook. So, cuba rasa resepi nasi ayam hainan mudah yang ni tapi bagi saya cukup ummph. Jom tengok .Saya juga ada mencuba Resepi Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Step By Step di sini untuk anda cuba.
Bahan-bahan untuk ayam dan sup : Ini untuk 1/2 – 1 ekor ayam ya.
- ½ ekor ayam
- Daun pandan simpul
- Daun sup atau daun celery
- Daun bawang
- 1 inci halia (diketuk)
- 1 biji bunga lawang
- 3 biji bunga cengkih
- 1 batang kayu manis (sederhana kecil)
- 1 biji buah pelaga
- 1 kiub pati ayam
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu besar jus limau nipis
Cara-caranya : #1. Masuk semua bahan dan air hingga ayam tenggelam. Kemudian didihkan. Setelah mendidih, barulah perlahan-lahan masukkan ayam.Kecilkan api dan biarkan 15 -20 minit.
#2. Dalam bekas lain , letak ketulan ais bersama air. Ini bertujuan untuk matikan proses memasak dan bagi mendapatkan isi ayam yang lembut dan lembap. Selepas 15 minit ayam masak di dalam periuk, angkat ayam dan cucuk bahagian yg tiada kulit. Jika tiada warna darah keluar maknanya ayam telah masak. Lalu, masukkan ayam ke dalam air berais tadi selama 1 minit dan toskan ayam kita.
Bahan-bahan untuk nasi :
- 2 cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
- 1 sudu besar lemak ayam dan kulit ayam
- 1 ulas bawang putih (dietuk)
- ½ inci halia (dihiris nipis)
- Daun pandan simpul
- 3 sudu besar minyak untuk menumis
Cara-caranya :
#1: Panaskan kuali dengan minyak masak. Masukkan kesemua bahan-bahan dan tumis hingga wangi dan garing. Kemudian, masukkan beras yang telah kita basuh dan toskan tadi. Goreng beras hingga berkilat.
#2: Bila beras sudah garing dan berkilat, mauskkan ke dalam periuk nasi bersama air rebusan ayam. Air kurang daripada sukatan nasi biasa.Masak nasi. Bila hampir kering, gemburkan nasi perlahan-lahan supaya berderai cantik
Bahan-bahan untuk kicap (siram atas ayam) :
- 1 senduk kicap masin cair
- 1 sendup air rebusan ayam
- 1 sudu kecil minyak bijan
Cara-cara :
#1: Gaul sebati kesemua bahan di atas. Siap
Bahan-bahan untuk ‘Ginger Garlic Oil’ :
- 2 inci halia muda (diparut)
- 2 ulas bawang putih (diparut)
- 1 sudu kecil daun bawang (dihiris)
- 1 senduk minyak masak
Cara-caranya :
#1. Panaskan minyak hingga betul-betul panas. Kemudian matikan api dan terus masukkan kesemua bahan-bahan di atas serentak. Kacau dan biarkan hingga bunyi berdesir hilang.
Bahan-bahan untuk sambal cili :
- 2 batang cili merah besar
- 2 batang cili padi merah
- ½ biji jus limau nipis
Cara-caranya :
#1. Kisarkan kesemua bahan di atas dengan sedikit air rebusan ayam hingga lumat. Kemudian, masak di atas api sederhana sebentar. Tambahkan garam dan gula untuk menyedapkan sos cili kita.
Dah seperti resepi nasi ayam original kat kedai dah rasa dia. Selamat mencuba tau.
Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>
Sumber : Puan Yuss Aisya Puan Syurwati Mustapha
Video Pilihan : Resepi Nasi Lemak Ayam Berempah
Gallery Resep Nasi Ayam Hainan
Resep Nasi Ayam Hainan Rice Cooker Oleh Elza Simple
P6102334ed Hainan Chicken Chicken Rice Recipes Asian Recipes
Nasi Ayam Hainan Menu Spesial Yang Lezat Tapi Mudah Dibuat
Resep Masakan Praktis Rumahan Indonesia Sederhana Resep
Hainanese Chicken Rice Recipe By Tasty
Resep Nasi Ayam Hainan Sederhana
Resep Masakan Nasi Ayam Hainan Yang Paling Lezat
Resep Nasi Ayam Hainan Ala Restoran Yang Enak Buat Anak
Resep Nasi Ayam Hainan Baca Resep
Resep Masakan Gurihnya Nasi Ayam Hainan Ala Restoran
Resep Masak Nasi Ayam Hainan Tak Sesulit Yang Dibayangkan
Resep Nasi Hainan Ayam Panggang
Resep Nasi Ayam Hainan Hainanese Chicken Rice
Resep Nasi Ayam Hainan Youtube
Resep Nasi Ayam Hainan Untuk Menu Sahur Ramadan Tirto Id
Nasi Ayam Hainan Wikipedia Bahasa Indonesia Ensiklopedia
Begini Resep Nasi Ayam Hainan Nasi Yang Berasal Dari Negeri
Resep Nasi Ala Pizza Hut Recipes Tasty Query
Belum ada Komentar untuk "Resep Nasi Ayam Hainan"
Posting Komentar